Thursday, July 10, 2008

Indahnya Saat Bersama-Mu

Buku ini mendedahkan rahsia seseorang dapat merasai kemanisan bangun beribadah pada tengah malam. Ramai orang yang mampu bangun pada tengah malam tetapi tidak ramai yang sanggup berwuduk dan solat sunat atau membaca AlQuran. Menariknya, buku ini juga tidak terikat dengan satu pendapat sahaja dalam melaksanakan qiamullail kerana ia turut memberikan pilihan-pilihan yang sesuai bersandarkan hujah-hujah daripada AlQuran dan Hadis. Ini membolehkan pembaca memilih untuk melaksanakan ibadah mulia ini dengan lebih yakin dan ikhlas, sesuai dengan kemampuan diri.